.:semasa:.




1. Latihan Kolej (Setiap Minggu)

Hari : Selasa
Masa : 1715 H
Pakaian: Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

Hari : Rabu
Masa : 1715H
Pakaian :-Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

2. Kelab Harimau Malaya akan mengada jamuan penutup latihan untuk tahun 2012 . Semua ahli diwajibkan untuk mengambil bahagian. Butirannya seperti berikut
Tarih: Selasa, 30/10/2012
Tempat: Surau Biru
Bayaran: RM 5



______________________________________________________________________________________________________________________

Tuesday, December 21, 2010

LATIHAN KHEMAH TAHUNAN 2010.

~Harap maaf atas kelewatan meng'update' blog ini. Kesuntukan masa membantutkan tugas saya untuk memberi berita-berita baru kepada para pembaca sekalian.~



Seperti yang kalian sedia maklum, bermula pada 21 November 2010 yang lalu, Latihan Khemah Tahunan 2010 Rejimen 508 (AW) Seremban telah diadakan di Kem Asahan yang terletak di dalam kawasan Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Kelab Harimau Malaya Kumpulan Pendidikan Legenda telah menghantar seramai 28 orang anggota untuk menyertai latihan ini. Latihan yang berlangsung selama 2 minggu dan berakhir pada 4 Disember 2010 itu telah memberikan banyak pendedahan dan pengajaran kepada para anggota sukarela AW. Selama berada di sana, banyak aktiviti yang telah diadakan seperti kawad kaki, war game, abseiling, pertandingan bola tampar dan bola jaring antara Batalion, merempuh halangan, jalan laju (8KM), dan latihan medan.



Latihan tahunan yang telah menggabungkan Batalion 1, 2, dan 3 Rej. 508 ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan melatih anggota-anggota supaya menjadi lebih bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan mendatang. Selain daripada itu, hubungan sesama anggota juga dapat dieratkan umpama sebuah keluarga besar. Kerjasama berpasukan dan sikap bertolak ansur dapat diterapkan sesama anggota walaupun pada mulanya agak sukar. Sebagai satu pasukan, kami semua adalah sama tetapi sikap saling menghormati dan mendengar arahan merupakan teras untuk melahirkan satu pasukan yang disegani dan digeruni oleh lawannya.




Batalion Pertama Rejimen 508 (AW) telah mengekalkan takhta juara kawad kaki selama beberapa tahun berturut-turut. Walaupun hanya mendapat tempat kedua dalam acara-acara lain, tetapi semangat Batalion Pertama tetap utuh. Secara keseluruhannya, latihan tahunan ini memberi banyak kebaikan kepada anggota-anggota. Semoga latihan yang akan datang dapat disertai oleh lebih ramai lagi para sukarela (AW) Rej. 508.