.:semasa:.




1. Latihan Kolej (Setiap Minggu)

Hari : Selasa
Masa : 1715 H
Pakaian: Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

Hari : Rabu
Masa : 1715H
Pakaian :-Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

2. Kelab Harimau Malaya akan mengada jamuan penutup latihan untuk tahun 2012 . Semua ahli diwajibkan untuk mengambil bahagian. Butirannya seperti berikut
Tarih: Selasa, 30/10/2012
Tempat: Surau Biru
Bayaran: RM 5



______________________________________________________________________________________________________________________

Saturday, April 11, 2009

Lirik

3 buah lagu yang dinyanyikan oleh anggota pada roll call pagi rabu ialah lagu Negaraku, Lagu Tentera Darat dan Lagu Askar Wataniah. Lirik lagu Tentera Darat dan Askar Watahian adalah seperti berikut.



GAGAH SETIA



Gagah dan Setia

Tabah dan Perkasa

Itulah Cogan Kata

Tentera Darat Malaysia



Gempur-Gempur Wira

Maju-Maju Mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa



Hutan Rimba Lembah Desa

Memburu Musuh Durjana

Tidak Gentar Mara Bahaya

Pantang Undur Tetap Mara



Gempur Wira Bergelora

Semangat Untuk Perwira

Jasad Mungkin Gugur Di Rimba

Kami Tetap Gagah Setia



Gempur-Gempur Wira Maju-Maju mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa




ASKAR WATANIAH



Ini Satu Harapan

Dari Barisan Sukarelawan

Penuh Semangat Dan Keyakinan

Berdiri Sebagai Pahlawan



Mari Muda Dan Mudi

Menyahut Seruan Pertiwi

Tak Kira Keturunan Atau Bangsa

Berkhidmat Dengan Bangganya



Kamilah Sukarelawan

Juga Sukarelawati

Kami Rela Berhadapan

Publish Post
Berundur Tak Sekali-Kali



Ini Azam Dan Janji

Menjadi Satu Sumpahan Kami

Taat Dan Bersedia Setiap Masa

Berkhidmat Untuk Negara







Pasukan Tentera Simpanan Malaysia

Tentera Darat Malaysia terdiri daripada beberapa unit, kor dan rejimen. salah satu unit ialah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia. Ianya terbahagi kepada 2 komponen iaitu simpanan tetap dan simpanan sukarelawan. Simpanan tetap terdiri daripada pegawai dan askar yang berdaftar sebagai tentera simpanan tetap. manakala, komponen simpanan sukarelawan    terdiri daripada rakyat awam yang menyertai Pasukan Tentera Darat Malaysia dengan sukarela berkhidmat untuk Askar Wataniah Malaysia. 

Rejimen Askar Wataniah merupakan barisan kedua pertahanan Malaysia. ianya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, golongan profesional dan juga rakyat awam. Mereka merupakan sokongan bagi gerakan askar tetap Malaysia dan bertanggungjawab dalam keselamatan ketika darurat. pada asalnya, unit Rejimen Askar Wataniah ditugaskan dengan mempertahankan kawasan tempatan, telah diaturgerak dan berganding bahu dengan tentera tetap apabila mereka diperlukan.


Unit infantri Askar Wataniah dibahagikan kepada dua siri iaitu 300 dan 500. siri 300 terdiri dari 5 batalion infantri dengan sukarelawan bergerak bagi perkhidmatan sepenuh masa. Mereka biasanya ditugaskan di cek poin utara sempadan. 

siri 500 pula adalah unit simpanan sukarelawan, berpusat di bandar bandar utama seluruh negara. siri 500 ditugaskan dengan misi yang sama sebagai batalion infantri tempur kepada rejimen Askar Melayu Di Raja dan Rejimen Renjer Di Raja. sebanyak 16 Rejimen Wataniah ditubuhkan setakat ini. berikut adalah Rejimen Askar Wataniah yang terletak di serata Malaysia. 


* Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bharu
* Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh, Selangor
* Rejimen 503 Askar Wataniah, Kem Jalan Tambun, Ipoh, Perak
* Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis
* Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Teluk Sisik, Kuantan, Pahang
* Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan
* Rejimen 507 Askar Wataniah, Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu, Sabah
* Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
* Rejimen 509 Askar Wataniah, Kem Lebuhraya Peel, George Town, Pulau Pinang
* Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang, Sibu, Sarawak
* Rejimen 511 Askar Wataniah, Kem Ria Kompleks, Kuching, Sarawak
* Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin, Kuala Berang, Terengganu
* Rejimen 513 Askar Wataniah, Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani, Kedah
* Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka
* Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur
* Rejimen 516 Askar Wataniah, Kem Kukusan, Tawau, Sabah


Rejimen 508 Askar Wataniah ditubuhkan di Negeri Sembilan dengan 3 batalion dibawahnya. Batalion Pertama terletak di Kem Sikamat, Batalion Kedua terletak di Kem Tampin, manakala Batalion Ketiga terletak di Kem Kuala Pilah.


Friday, April 10, 2009

Wajah Baru untuk tahun 2009.

Pada tahun 2009 ini, terdapat beberapa wajah baru di dalam jawatankuasa Kelab Harimau Malaya. pada tahun ini, beberapa perubahan diadakan berbeza dengan tahun tahun sebelumnya. Anggota anggota baru, dilantik untuk memegang jawatan didalam jawatankuasa Kelab bagi jawatan naib setiausaha, penolong ajk latihan dan penolong ajk Quarter Master. perubahan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada wajah wajah baru ini untuk sama sama berganding bahu dan berkonsi idea bagi mengembangkan lagi  prestasi kelab.


Organisasi 2009


Presiden : Karimah Bt Mat
Naib Presiden : Atiqah Hanani Bt Kamarulzaman
Setiausaha : Nurulamnah Bt Daud
Naib Setiausaha : Mohd Hasni B Abdul Samah
Bendahari : Wan Nur Ishamina Bt Wan Mat Zali
Naib Bendahari: Farah Nabilah Bt Mohd Ridzwan

AJK
Latihan: Norazli B Osman Basah
Penolong Latihan: Abdul Malik B Karim
Disiplin: Mezio Mezza Haqim B Mahhiszan
Religious: Muhd Nur Shazwan B Hishamuddin
Quarters Master: Mohd Hafisze B Mokhtar
Penolong Quarters Master: Mohd Syamil Arumi B Sharbudden