.:semasa:.




1. Latihan Kolej (Setiap Minggu)

Hari : Selasa
Masa : 1715 H
Pakaian: Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

Hari : Rabu
Masa : 1715H
Pakaian :-Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

2. Kelab Harimau Malaya akan mengada jamuan penutup latihan untuk tahun 2012 . Semua ahli diwajibkan untuk mengambil bahagian. Butirannya seperti berikut
Tarih: Selasa, 30/10/2012
Tempat: Surau Biru
Bayaran: RM 5



______________________________________________________________________________________________________________________

Tuesday, December 21, 2010

LATIHAN KHEMAH TAHUNAN 2010.

~Harap maaf atas kelewatan meng'update' blog ini. Kesuntukan masa membantutkan tugas saya untuk memberi berita-berita baru kepada para pembaca sekalian.~



Seperti yang kalian sedia maklum, bermula pada 21 November 2010 yang lalu, Latihan Khemah Tahunan 2010 Rejimen 508 (AW) Seremban telah diadakan di Kem Asahan yang terletak di dalam kawasan Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Kelab Harimau Malaya Kumpulan Pendidikan Legenda telah menghantar seramai 28 orang anggota untuk menyertai latihan ini. Latihan yang berlangsung selama 2 minggu dan berakhir pada 4 Disember 2010 itu telah memberikan banyak pendedahan dan pengajaran kepada para anggota sukarela AW. Selama berada di sana, banyak aktiviti yang telah diadakan seperti kawad kaki, war game, abseiling, pertandingan bola tampar dan bola jaring antara Batalion, merempuh halangan, jalan laju (8KM), dan latihan medan.



Latihan tahunan yang telah menggabungkan Batalion 1, 2, dan 3 Rej. 508 ini bertujuan untuk menambah pengetahuan dan melatih anggota-anggota supaya menjadi lebih bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan mendatang. Selain daripada itu, hubungan sesama anggota juga dapat dieratkan umpama sebuah keluarga besar. Kerjasama berpasukan dan sikap bertolak ansur dapat diterapkan sesama anggota walaupun pada mulanya agak sukar. Sebagai satu pasukan, kami semua adalah sama tetapi sikap saling menghormati dan mendengar arahan merupakan teras untuk melahirkan satu pasukan yang disegani dan digeruni oleh lawannya.




Batalion Pertama Rejimen 508 (AW) telah mengekalkan takhta juara kawad kaki selama beberapa tahun berturut-turut. Walaupun hanya mendapat tempat kedua dalam acara-acara lain, tetapi semangat Batalion Pertama tetap utuh. Secara keseluruhannya, latihan tahunan ini memberi banyak kebaikan kepada anggota-anggota. Semoga latihan yang akan datang dapat disertai oleh lebih ramai lagi para sukarela (AW) Rej. 508.



Saturday, October 23, 2010

LATIHAN TAHUNAN 2010

Kepada SEMUA anggota Askar Wataniah Infantri (Kumpulan Pendidikan Legenda) yang ingin mengikuti LATIHAN TAHUNAN pada 20 NOVEMBER 2010 dan telah confirm untuk mengikutinya, sama ada yang masih di kolej ini atau sudah menamatkan pengajian, sila berikan butir-butir peribadi anda kepada MUSFIRAH IBRAHIM secepat mungkin sebelum 27 OKTOBER 2010. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, anda TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai kem ini. HARAP MAKLUM!!!

BUTIR-BUTIR TERSEBUT ADALAH:

*no.pangkat.nama
*alamat rumah & no.telefon anda sendiri
*alamat waris & no.telefon waris
*no.akaun & nama bank

Terima kasih, kerjasama anda semua amatlah dihargai~

Monday, October 11, 2010

JAMUAN HARI RAYA DI MARKAS

Pada tanggal 9 Oktober 2010 yang lalu, Rejimen 508 (AW) Seremban telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Markas Rejimen 508 Kem Jalan Rasah, Seremban. Walaupun sambutan ini diadakan pada penghujung Syawal, namun kemeriahannya masih dapat dirasakan. Seluruh warga Rejimen 508 telah dijemput menghadiri majlis ini. Kami warga Kumpulan Pendidikan Legenda di bawah naungan Kelab Harimau Malaya telah menghantar seramai 20 orang wakil termasuk senior-senior yang sudah menamatkan pengajian di sini. Walaupun tidak ramai ahli yang menghadirkan diri, namun anggota-anggota lain dari Batalion 1 seperti Kolej Negeri dan Politeknik PD ramai yang menghadirkan diri. Majlis ini juga turut meraikan anak-anak yatim di sekitar Seremban.



Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Komander kem diikuti oleh bacaan doa untuk melancarkan urusan majlis pada hari itu. Dalam majlis tersebut, Komander Rejimen 508 dan pegawai-pegawai kanan yang lain turut memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim serta anak-anak kakitangan 508. Pelbagai jenis makanan yang disediakan oleh kakitangan 508 dengan pembukaan beberapa buah gerai seperti Char Kuey Tiaw dan Sate mendapat sambutan hangat daripada para tetamu. Majlis turut dimeriahkan oleh pancaragam Angkatan Tentera yg memainkan beberapa buah lagu yg catchy dan happening membuatkan malam itu begitu meriah dengan aksi-aksi warga 508.



Secara keseluruhannya, majlis ini dapat mengeratkan hubungan sesama anggota Rejimen 508 dari Batalion 1, 2, dan 3 di sekitar Negeri Sembilan. Diharap agar majlis seumpama ini dapat diadakan pada masa-masa yg akan datang dan mendapat sambutan yg hebat dari semua anggota.





Saturday, September 4, 2010

KEM ORIENTASI 2/2010...

Pada tanggal 30, 31 Julai dan 1 Ogos 2010 yang lepas, Kelab Harimau Malaya, Kumpulan Pendidikan Lagenda telah mengadakan 1 kem orientasi bertempat di surau akademik. Kem yang disertai oleh ahli-ahli baru kelab ini yang seramai 25 orang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan, ilmu ketenteraan, dan melatih ketahanan fizikal dan mental para peserta ketika berhadapan dengan situasi kritikal. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan masih sama tetapi telah diolah sedikit untuk memberi kelainan kepada ahli-ahli baru pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
  • Latihan dalam kumpulan 1 (pembentangan projek)
  • Latihan dalam kumpulan 2 (ujian kawad kaki asas)
  • Kontroversi alam
  • Latihan di bawah tahanan musuh
  • Mendaki Bukit Mantin
  • Eksais berstesyen (mencari dokumen & barang penting)
  • Pengenalan kepada ilmu medan perang (teori & praktikal)
Beberapa pertandingan dan penilaian turut diselitkan dalam setiap aktiviti. Berikut adalah keputusan daripada setiap penilaian tersebut:

  • Kawad Kaki Asas
I.C. Skuad Terbaik: Dewi Wahyuni Bt. Masturi
Seksyen Terbaik: Seksyen 1
  • Eksais Berstesyen
Seksyen 3
  • Keseluruhan Terbaik
Nurul Nadiah Bt. Mat Dani


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan kem orientasi pada kali ini. Diharapkan, kem yang akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan mencapai objektif yang ditetapkan.




Saturday, July 24, 2010

LATIHAN TEMPATAN (26 & 27 JUN 2010)

Pada 26 dan 27 Jun 2010 yang lalu, seramai 12 orang ahli Kelab Harimau Malaya telah menghadirkan diri untuk menyertai latihan menembak yang diadakan di Lapang Sasar Menyala, Port Dickson. Penyertaan ahli kelab dalam latihan ini amat mendukacitakan adalah kerana cuti semester kolej yang baru sahaja bermula dan majoriti daripada para pelajar sudah pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Latihan selama 2 hari ini turut disertai oleh para anggota dan pegawai dari Batalion 2 Kem Tampin.



Latihan pada kali ini juga turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan REJ 508 (AW). Pengalaman menembak ini turut dirasai oleh beberapa orang anggota yang baru sahaja mendapat nombor. Pengalaman mengendalikan senjata ini pasti tidak akan dapat dilupakan oleh mereka semua. Para jurulatih juga tidak lokek dan jemu memberi bimbingan dan bantuan sepanjang latihan ini berjalan. Selama 2 hari di Port Dickson kami telah bermalam di PUSASDA, PD dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Secara keseluruhannya, latihan pada kali ini banyak memberikan kenangan pahit dan manis terutamanya kepada senior-senior yang akan menamatkan pengajian mereka di kolej ini dan diharap agar latihan bersama dengan batalion lain akan diadakan lagi agar dapat mengerat dan merapatkan lagi hubungan antara para anggota selain dapat berkenalan antara satu sama lain.

Thursday, May 27, 2010

ROMBAKAN JAWATANKUASA KELAB HARIMAU MALAYA


Pada tanggal 26 Mei 2010 bertempat di surau akademik Kumpulan Pendidikan Legenda (KPL), satu mesyuarat rombakan jawatankuasa untuk Kelab Harimau Malaya (KHM) telah diadakan. Seramai 40 orang ahli kelab telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tujuan diadakan mesyuarat tersebut adalah untuk merombak semula AJK Kelab Harimau Malaya bagi semester yang akan datang. Selain daripada itu, mesyuarat tersebut adalah untuk mencari pelapis-pelapis baru bagi menggantikan AJK yang lama yang bakal menamatkan pengajian mereka di KPL. Berikut adalah senarai AJK baru KHM untuk semester yang akan datang:

Pengerusi: Hasry Hisyam bin Hassan
Naib Pengerusi: Mohd. Hasni bin Abu Samah
Setiausaha: Haslinda binti Fadillah
Naib Setiausaha: Noraini binti Rakim
Bendahari: Farah Zunnurain Bt. Zulkarnain
Naib Bendahari: Mohd. Azmi bin Zainal

AJK - Disiplin: i) Abdul Malik bin Karim
ii) Nadiah binti Nor Hisham
iii) Muhammad Wafiuddin bin Mohd. Khalil

AJK - Latihan: i) Musfirah binti Ibrahim
ii) Muhd. Noorhafiz bin Harun
iii) Mohd. Baihaqi bin Hasbullah

AJK - Kebajikan: i) Farah Niza binti Zulkifli
ii) Said Muthana bin Bakhid
iii) Mohd. Shafiq Zaidi bin Ghazali

AJK - Q.M. : i) Farah binti Azmi
ii) Fakhriy bin Rahmad
iii) Adam Muhammad bin Razlan

Mesyuarat diakhiri dengan sesi fotografi pada jam 2230.

Kem Team Building Kenaboi.

Pada 8 dan 9.05.2010, KHM/ Wataniah@Legenda telah diundang menyertai Kem Team Building di Kem Chennah Kenaboi, Titi Jelebu, N.Sembilan, Perkhemahan ini adalah hasil cadangan Cik Rahiza dan dibawah kendalian 3 buah persatuan iaitu Silat Cekak Malaysia,Kelab Bowling dan EDS . Perkhemahan ini bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kelab dan persatuan di bawah kendalian beliau. Seramai 28 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini dimana 15 orag daripadanya terdiri daripada anggota KHM.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah larian berhalangan, water confident, water-tubing, latihan dalam kumpulan, malam kebudayaan, night walk dan lain-lain lagi.


~Sekitar Perkhemahan
~
(klik pada gambar untuk resolusi yng lebih besar)

Thursday, May 6, 2010

Laporan Kem Orientasi KHM Siri 1/2010

Pada 30 April hingga 2 Mei 2010, KHM @ Askar Wataniah dengan telah melaksanakan kem orientasi siri 1/2010 yang bertempat di surau akedemik. Seramai 58 anggota yang terdiri daripada fasilitator dan peserta yang telah melaporkan diri untuk mengikuti kem ini. Untuk makluman kem ini adalah anjuran kali kedua selepas buat pertama kalinya kem orientasi diperkenalkan pada hujung tahun 2009 dengan penyertaan seramai 25 orang anggota. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti;
  • Latihan dalam kumpulan 1 (pembentangan projek)
  • Latihan dalam kumpulan 2 (ujian kawad kaki asas)
  • Kontroversi alam
  • Latihan dibawah tahanan musuh
  • Eksersais berstesyen (penyelamatan VIP)
  • Pengenalan kepada Ilmu medan perang (teori & praktikal)


Segala aktiviti diatas bertujuan member pendedahan kepada peserta berkenaan pengurusan, dan ilmu ketenteraan disamping menguji tahap kecergasan fizikal dan mental ketika berdepan dengan situasi kritikal.Berikut adalah keputusan penilaian sepanjang kem orientasi kali ini.


Keseluruhan Terbaik

  • PBT Nadiah bte Noor Hisham

Kawat Kaki Asas
  • I/C terbaik : Muhammad Baihaqi Bin Hasbullah
  • Seksyen terbaik : Seksyen 3

Eksesais Berstesyen
  • Seksyen terbaik : Seksyen 3


KHM @Askar Wataniah mengambil peluang ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada fasilitator-fasilitator jemputan yang terdiri daripada anggota JPA serta ahli-ahli Silat Seni Gayong atas kesudian berganding bahu untuk melancarkan lagi pelaksanaan kem orientasi kali ini.



SEKITAR KEM ORIENTASI KHM SIRI1/2010


Kem Orientasi Askar Wataniah-Kumpulan Pendidikan Legenda Siri 1/2010



Ujian Kawat Kaki ,
Seksyen 1.
I.C~ Muhammad Baihaqi Bin Hasbullah



Tuesday, April 6, 2010

Majlis Penubuhan Kolej Universiti Linton

Sepanjang Majlis Penubuhan Kolej Universiti Linton dan Kem Latihan Tempatan yang lalu...




Tuesday, March 16, 2010

Latihan Tempatan

Pada tanggal 13 Mac 2010, seramai 29 orang ahli Harimau Malaya termasuk yang baru menyertai persatuan ini telah menghadiri latihan tempatan yang bertempat di Batalion Pertama REJ 508 (AW), Kem Jalan Sikamat, Seremban. Latihan yang berlangsung selama 1 hari ini turut dihadiri oleh prajurit-prajurit dan pranita-pranita dari Daerah Seremban khususnya. Latihan pada kali ini kami diajar tentang cara-cara membuka, memasang, dan mengenal rupa, bentuk senjata. Antara senjata-senjata yang digunakan adalah Colt M16 (5.56mm), AUG Styer (5.56mm), dan GPMG (7.62mm).



Tujuan pembelajaran ini adalah untuk mengenal rupa bentuk senjata tersebut dan cara penggunaannya dengan betul selain sebagai persediaan sebelum kami menduduki latihan menembak yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Walaupun kebanyakan daripada kami telah mengenal dan menggunakan senjata-senjata tersebut sewaktu rekrut yang lepas, tetapi kebanyakannya sudah lupa akan cara penggunaan senjata tersebut dengan betul. Disebabkan itu, kelas yang diadakan pada kali ini sedikit sebanyak dapat membantu kami mengenal kembali senjata-senjata tersebut.