.:semasa:.




1. Latihan Kolej (Setiap Minggu)

Hari : Selasa
Masa : 1715 H
Pakaian: Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

Hari : Rabu
Masa : 1715H
Pakaian :-Pakaian Jasmani (Senior & Junior)

2. Kelab Harimau Malaya akan mengada jamuan penutup latihan untuk tahun 2012 . Semua ahli diwajibkan untuk mengambil bahagian. Butirannya seperti berikut
Tarih: Selasa, 30/10/2012
Tempat: Surau Biru
Bayaran: RM 5



______________________________________________________________________________________________________________________

Saturday, April 11, 2009

Pasukan Tentera Simpanan Malaysia

Tentera Darat Malaysia terdiri daripada beberapa unit, kor dan rejimen. salah satu unit ialah Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia. Ianya terbahagi kepada 2 komponen iaitu simpanan tetap dan simpanan sukarelawan. Simpanan tetap terdiri daripada pegawai dan askar yang berdaftar sebagai tentera simpanan tetap. manakala, komponen simpanan sukarelawan    terdiri daripada rakyat awam yang menyertai Pasukan Tentera Darat Malaysia dengan sukarela berkhidmat untuk Askar Wataniah Malaysia. 

Rejimen Askar Wataniah merupakan barisan kedua pertahanan Malaysia. ianya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, golongan profesional dan juga rakyat awam. Mereka merupakan sokongan bagi gerakan askar tetap Malaysia dan bertanggungjawab dalam keselamatan ketika darurat. pada asalnya, unit Rejimen Askar Wataniah ditugaskan dengan mempertahankan kawasan tempatan, telah diaturgerak dan berganding bahu dengan tentera tetap apabila mereka diperlukan.


Unit infantri Askar Wataniah dibahagikan kepada dua siri iaitu 300 dan 500. siri 300 terdiri dari 5 batalion infantri dengan sukarelawan bergerak bagi perkhidmatan sepenuh masa. Mereka biasanya ditugaskan di cek poin utara sempadan. 

siri 500 pula adalah unit simpanan sukarelawan, berpusat di bandar bandar utama seluruh negara. siri 500 ditugaskan dengan misi yang sama sebagai batalion infantri tempur kepada rejimen Askar Melayu Di Raja dan Rejimen Renjer Di Raja. sebanyak 16 Rejimen Wataniah ditubuhkan setakat ini. berikut adalah Rejimen Askar Wataniah yang terletak di serata Malaysia. 


* Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bharu
* Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh, Selangor
* Rejimen 503 Askar Wataniah, Kem Jalan Tambun, Ipoh, Perak
* Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, Kangar, Perlis
* Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Teluk Sisik, Kuantan, Pahang
* Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bahru, Kelantan
* Rejimen 507 Askar Wataniah, Kem Bukit Perwira, Kota Kinabalu, Sabah
* Rejimen 508 Askar Wataniah, Kem Jalan Rasah, Seremban, Negeri Sembilan
* Rejimen 509 Askar Wataniah, Kem Lebuhraya Peel, George Town, Pulau Pinang
* Rejimen 510 Askar Wataniah, Kem Sri Rejang, Sibu, Sarawak
* Rejimen 511 Askar Wataniah, Kem Ria Kompleks, Kuching, Sarawak
* Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin, Kuala Berang, Terengganu
* Rejimen 513 Askar Wataniah, Kem Jalan Kolam Air, Sungai Petani, Kedah
* Rejimen 514 Askar Wataniah, Kem Bukit Beruang, 75450 Melaka
* Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur
* Rejimen 516 Askar Wataniah, Kem Kukusan, Tawau, Sabah


Rejimen 508 Askar Wataniah ditubuhkan di Negeri Sembilan dengan 3 batalion dibawahnya. Batalion Pertama terletak di Kem Sikamat, Batalion Kedua terletak di Kem Tampin, manakala Batalion Ketiga terletak di Kem Kuala Pilah.


1 comment:

Unknown said...

Assalam..Maaf admin saya nk tumpang iklan sikit,Terima Kasih ya..

Skim Khas Memiliki Rumah Pertama Ku..Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan.Tukar Hutang Anda Menjadi Aset Sekarang Melalui ''Skim Bantuan KhasRumah Pertama Ku.''Skim Ini Terbuka Kepada :1. Kakitangan Kerajaan2. Mempunyai Gaji Pokok Rm1,600.00 Keatas Layak Memohon.3. Tanpa Deposit4. Menyelesaikan Hutang Dalam Slip Gaji Sehingga RM40,000.00 ++ (Koperasi, Pernama, KPAT, BIRO.)5. Menaikkan Semula Gaji Bersih Anda.6. Ansuran Rumah Yang Rendah Melalui Konsep Penyewaan Semula Sehingga RM1000.00 ++ (PENYEWA DISEDIAKAN)7. Lokasi Strategik Di Beserah, Kuantan,Pahang.(Sutra Villa Resort & Service Apartment) Berdekatan Swiss Garden Resort,Kuantan, Pahang.8. Rebut Peluang Anda Sekarang..UNIT ADALAH TERHAD!!* Untuk Maklumat Sila Hubungi Saya Di Nombor

012-6328130